Ahad, 25 Disember 2011

Najis Dan Bahagiannya

Alhamdulilah ..dengan limpah rahmatnya dapatlah saya berkongsi sedikit ilmu untuk kita sama-sama kongsi.dalam melalui kehidupan seharian sebagai umat islam yang melakukan syariahnya seharian kita mesti tahu apa itu najis..tapi kekadang ada orang yang tahu najis tapi tak memahami dengan jelas.
Contohnya ada orang pegang puppy.. memang comel..tapi bila nak solat tak tahu nak mensucikan diri kerana memegang  puppy tu, ataupun yang berlaku pada anak murid saya bila di tanya kalau dah berwudhu nak solat alih-alih terpijak tahi cicak apa perlu di buat ?ada yang jawab wudhu lagi ..perlu ke??nie bukan hanya berlaku pada pelajar tapi juga orang dewasa.jadi bagi saya topik najis ni wajar di bincangkan dan di terangkan dengan jelas agar takdelah orang yang solat namun tak sah solatnya di sebabkan najis.
Jadi di sini adalah info berkaitan najis yang di petik dari Kitab Ibadat Darjah 4.

Maksud Najis 
Dari segi bahasa najis itu bermaksud sesuatu yang kotor dan menjijikkan .Dari segi syarak pula najis itu merupakan sesuatu yang kotor yang tidak sah ibadat seperti solat dengan sebab ianya terkena pada badan, pakaian atau tempat solat.
Sabda Rasulullah yang di riwayatkan dari At Tirmidzi bermaksud
"Dari Ibni Umar dari Nabi SAW, tidak di terima solat dengan tiada bersuci dan tidak di terima sedekah daripada khianat"


Bahagian Najis
Najis itu terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Mughallazah ( berat ) Mutawasitah ( sederhana ) dan juga Muhaffafah.

Najis Mughallazah ( Berat )
Najis Mughallazah (ulamadaily.blogspot.com)
Najis yang di hukumkan berat tahap kekotorannya dari segi syarak.Iaitu babi dan anjing di mana segala perkara yang ada hubungan dengqan kedua -dua binatang ini seperti tahi,air liur,daging, kulit juga anak dari keduanya atau salah satu daripadanya ( contoh anjing + kucing = catdog!! ) maka termasuklah ia dalam najis Mughallazah.




Najis Mutawasitah ( Sedehana )
Najis yang di hukumkan sederhana tahap kekotorannya dari segi syarak iaitu
- Setiap cecair yang memabukkan seperti arak
- Bangkai selain mayat manusia ,ikan.
- Darah,nanah, muntah,air liur basi , mazi ,wadi
- Susu binatang yang haram di makan dagingnya
- Bahagian anggota yang bercerai dari badan yang hidup.

Najis Muhaffafah ( Ringan )
Najis yang di hukumkan ringan tahap kekotorannya dari segi syarak iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang belum memakan sesuatu selain susu ibunya dan umurnya belum mencapai dua tahun.

Cara menyucikan  najis


Najis Mughallazah di sucikan dengan cara membasuhnya dengan di basuh sebanyak tujuh kali.Sekali di basuh dengan air tanah ( air yang di campur dengan tanah yang suci ) dan kemudian di basuh dengan air mutlak sebanyak enam kali sehingga hilang bau , rasa dan warna.

Najis Mutawasitah pula di sucikan dengan cara hilangkan dahulu ain najisnya, kemudian di bersihkan dengan air mutlak hingga hilang bau, rasa dan warna.

Najis Muhaffafah pula pula di sucikan dengan memadai dengan memercikkan air atas benda yang terkena najis muhaffafah dengan tidak di syaratkan mengalir air.Adapun air kencing kanak-kanak perempuan termasuk dalam najis mutawasitah berdasarkan sabda nabi SAW:
" Air kencing kanak-kanak lelaki memadai di renjis dan air kencing kanak-kanak perempuan di basuh".( riwayat ibnu Majah )

Jenis-jenis Najis

Najis Aini iaitu najis yang ada ainnya atau kesannya seperti warna, rasa dan bau contohnya air kencing, tahi , arak dan lain -lain.
Najis Hukmi pula iaitu najis yang sudah hilang ainnya dan sudah tiada kesan tetapi belum di sucikan menurut syarak contohnya tempat yang terkena air kencing yang telah kering.
Jika najis Aini di sucikan dengan air mutlak sehingga hilang bau,warna dan rasa ,najis Hukmi pula hanya memadai dengan menjirus air pada tempat terkena najis atau kesan najis tersebut.

Najis yang di maafkan.

-Bangkai haiwan yang tidak mengalir darahnya apabila di belah ketika hidup seperti semut,lalat,nyamuk,lipas dan sebagainya.
-Sedikit darah ,nanah,muntah dan sebagainya.
-Najis yang tidak kelihatan pada mata kasar sperti najis yang terdapat pada kaki lalat ,nyamuk dan sebagainya.

Najis yang menjadi suci

- Arak yang telah bertukar menjadi cuka dengan sendirinya tanpa di campur dengan sesuatu bahan lain.
- Kulit bangkai binatang yang telah di samak
i) Kulit binatang yang halal di makan tetapi mati tanpa di sembelih seperti lembu yang mati di langgar.
ii)Kulit bangkai bintang yang tidak halal di makan selain anjing dan babi.

15 ulasan:

  1. Wah.. dah pandai nampak? Buat tajuk lain pulak.. Tahniah..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum ustazah, apa hukum bersalam dengan orang bukan islam yang baru sahaja lepas makan daging khinzir?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak najis sebab yang pegang bukan kita tetapi dia...

      Padam
  3. salam ustazah......
    ustazah, kalau kain kita terkena najis anjing, tapi kita tak tahu. boleh tak kita pakai kain tu untuk sembahyang. lepas kita siap sembahyang baru kita tahu kain tu kena najis, kita kena sembahyang semula tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kita dah tau kain tu kena najis..kenalah sembahyang semula..

      Padam
  4. ilmu yang berguna untuk panduan semua..teruskan menulis untuk wat panduan semua

    BalasPadam
  5. Salam, saya ingin bertanya adik saya terkencing dlm kereta dan membasahi kerusi kereta, saya telah mengalirkan air diatas kerusi kereta dan mengelapnya sebanyak 3kali tetapi bau hancing masih ada. Adakah itu sudah dikira suci?ataupun apa yang perlu di buat untuk menyucikannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. slm en razif,kalau ikut syarat bersuci mesti hilang bau warna dan rasa,jadi bau hancing tu masih di kira belum suci.cara sucikan bleh guna sabun dulu pastu alirka air mcm istinjak.harap persoalan telah terungkai.t/ksh

      Padam
  6. asalamualaikum,jika saya was-was akan benda seperti kain yang baru sahaja terkena najis mutawasittah namun tiada bau,rasa dan warna ?

    BalasPadam
  7. asalamualaikum,jika saya was-was akan benda seperti kain yang baru sahaja terkena najis mutawasittah,namun tiada bau,rasa dan warna,..apakah hukumnya dan apakah yang perlu saya lakukan?

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum.hari tu,baju sy b'bau hancing...xtau datang dari mana..tapi kawasan hostel saya 2 mmg ada kucing...saya pakai baju 2 utk solat sblm tau yg baju 2 b'bau hancing...apa perlu saya buat?adakah perlu saya samak?saya hanya mahu menganggap bau hancing 2 datang dari kencing kucing kerana sejak kebelakangan ni saya mengalami masalah was2 yg teruk...adakah betul tindakan saya?

    BalasPadam
  9. assalamualaikum...nak tanyer. kalau ada bau najis di kusyen kerusi tetapi tiada zat najis. perlukah dibasuh atau tidak..dan jikalau duduk di kerusi tersebut, adakah pakaian saya pakai dikategori najis atau tidak dan sah dibuat solat atau tidak..?

    BalasPadam
  10. Salam ape hukum saya sbgai guru kindergarten cina mbasuh najis kanak2 bukan Islam?

    BalasPadam
  11. Sila reply ...kalau boleh bagaimana cara mnyuciknnya
    ...musykil cz bcanggah pndapat

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum. Aritu sya trpijak najis kucing yang cair n sya cuma lapknnya guna kain. And sya x perasan plak sya trpijak sbb ingat tu air biasa ke apa. Time tu sya dah amik wuduk n trus solat. Lps solat bru sya tau bhwa sya trpijak najis. Adakh sah solat sya itu ?

    BalasPadam