Ahad, 19 Februari 2012

AKTIVITI

1. Bincangkan cara bagaimana menyucikan najis mughallazah?

2. Bayangkan anda sebagai doktor veterinar .Anda kena merawat anjing yang sakit.Bagaimana anda hendak menyucikan najis pada diri anda ?

3. Anda penggemar kucing..bagaimana nak memastikan tempat solat anda bersih dari adanya bulu binatang..

Sabtu, 28 Januari 2012

Latihan uji minda

1.) Definisi najis dari segi bahasa
     a.) Bersih        b.) cantik          c.) Menjijikkan        d.) Pengotor

2.) Berikut bahagian najis kecuali
    a.) Mughallazah    b.) Mutawasitah   c.) Mussammas   d.) Muhaffafah

3.) Cara menyucikan najis Mughallazah ialah..
   a.) Di basuh dengan air mutlak sahaja
   b.) Di renjis dengan air mutlak
   c.) Di basuh sekali dengan air bercampur tanah di ikuti 6 kali dengan air mutlak
   d.) Di basuh 6 kali dengan air bercampur tanah di ikuti sekali dengan air mutlak

4.) Najis Muhaffafah ialah
   a.) Air liur anjing
   b.) Nanah , muntah , Darah
   c.) Air kencing kanak-kanak  berumur kurang 2 tahun dan hanya minum susu ibunya sahaja.
   d.) Air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur kurang 2 tahun dan hanya minum susu ibunya sahaja

5.) Berikut ialah najis yang di maafkan kecuali
   a.) Darah yang telah kering
   b.) Bangkai Ikan ,belalang
   c.) Mayat manusia
   d.) Najis yang terdapat di kaki lalat

Selamat menjawab....

Jumaat, 27 Januari 2012


Contoh menyucikan najis.
Semoga dengan video yang saya ambil dari youtube  ini dapat pemahaman  dengan lebih jelas cara menyucikan najis yang mana biasanya pelajar kurang faham cara menyucikan najis terutama najis mughallazah dan muhaffafah.
semoga dapat manfaat daripadanya...

Jumaat, 30 Disember 2011

Hukum bulu binatang

Alhamdulilah dapat juga saya menyempatkan diri dalam minggu yang sibuk ini untuk menyambung perbincangan tentang najis.Kali ini saya ingin berkongsi maklumat tentang perkara yang ada orang tak tahu dan ada juga yang tak mengambil berat tentangnya iaitu tentang hukum bulu binatang kerana kebanyakan kita ada memelihara binatang yang berbulu terutama kucing .Jadi apakah hukum bulu binatang itu adakah ianya najis? Bagaimana solat kita ???

Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati.Namun menurut mazhab Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.

Bagaimana pula binatang yang halal di makan , adakah bulunya najis juga?

Bulu binatang yang halal dimakan seperti unta, lembu, kambing, arnab, ayam dan sebagainya, jika terpisah dari badannya sama ada dicabut, tercabut atau sebagainya ketika binatang itu hidup atau mati kerana disembelih maka adalah ia suci (tidak najis).

Firman Allah SAW yang tafsirnya :
“Dan (ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, pelbagai perkakas rumah dan perhiasan (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.” (Surah An-Nahl ). 


Jika bulu binatang tersebut terpisah sesudah ia menjadi bangkai maka bulu binatang berkenaan adalah najis. Adapun anggota yang lain selain bulunya jika di potong atau dipisahkan dari badannya ketika binatang itu masih hidup ia dihukumkan sebagai bangkai.

Sebagaimana disebutkan dalam hadis daripada Abu Sa’id Al-Khudri Radiallahuanhu yang maksudnya : Bahawasanya Rasulullah Sallalahahu Alaihi Wasallam pernah ditanya mengenai potongan bonggol-bonggol unta dan ekor-ekor kambing. Baginda bersabda : “Apa yang dipotong daripada yang hidup adalah bangkai.” (Hadis riwawat Al-Hakim)

Hadis ini ditakhshishkan oleh dalil Al-Quran yang telah disebutkan di atas di mana bulu binatang yang halal dimakan itu jika terpisah ketika binatang itu hidup adalah suci. Demikian juga halnya dengan anggota yang terpisah daripada manusia, ikan atau belalang ia adalah suci.

Bulu binatang yang tidak halal di makan dagingnya?

Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya, terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).

Ada kalanya kita terjumpa bulu binatang dan kita tidak mengenali sama ada bulu binatang itu suci atau najis. Maka, jika terjadi syak, adakah bulu yang terpisah dari binatang itu datangnya dari yang suci ataupun yang najis, maka bulu itu di hukumkan suci kerana menurut hukuman asal adalah suci, dan telah berlaku syak pada kenajisannya sedang hukum asal adalah tidak najis. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115). Sebagai contoh baju yang diperbuat daripada bulu binatang sedang tidak diketahui sama ada bulu tersebut datangnya daripada binatang yang halal dimakan ataupun sebaliknya atau ia daripada binatang yang disembelih ataupun bangkai, maka dalam hal ini baju tersebut adalah suci.

BULU PADA ANGGOTA YANG TERPOTONG

Bulu yang ada pada anggota binatang yang tidak halal dimakan yang terpotong ketika binatang itu masih hidup adalah najis apatah lagi sesudah mati, seperti ekor kucing yang terpisah atau terpotong. Kerana ekor yang terpotong itu bangkai, maka bulu yang ada pada ekor itu juga adalah najis.Demikian juga halnya dengan bulu yang ada pada anggota binatang yang halal dimakan yang terpotong ketika hidup ataupun mati tanpa disembelih adalah najis, seperti ekor kerbau yang berbulu dan terpisah atau terpotong. Kerana ekor kerbau itu terpotong ketika ia hidup atau terpotong setelah ia mati bukan kerena disembelih adalah bangkai, maka bulu ekor itu juga adalah najis. Jika dicabut bulu binatang yang halal dimakan ketika hidup sehingga tercabut bersama-samanya akar bulu tersebut dan melekat padanya sesuatu yang basah daipada bulu itu seperti darah atau sebagainya, maka bulu itu mutanajjis (yang terkena najis atau bercampur najis). Akan tetapi ia boleh menjadi suci jika dibersihkan. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).

Kadang-kadang ada orang yang memakai pakaian yang di perbuat daripada bulu binatang namun tidak tahu dari binatang apa pakaian itu di perbuat? Jadi bagaimana pula tu.
harus di ingat mana-mana bulu yang dicabut daripada bangkai atau di cabut daripada binatang yang tidak boleh dimakan dagingnya adalah najis. Maka setiap penggunaan kesemua benda-benda yang najis, menurut pendapat yang sahih adalah tidak harus memanfaatkannya sama ada dibuat pakaian atau perhiasan di badan melainkan jika ada darurat. Sementara penggunaan selain daripada pakaian atau perhiasan badan adalah diharuskan jika najis itu bukan datangnya daripada anjing dan babi.

Apa yang dimaksudkan dengan darurat itu ialah, seperti terjadinya peperangan yang mengejut atau takut atas terjadi sesuatu pada dirinya kerana kepanasan atau kesejukan ataupun sebagainya, lalu tiada pakaian lain selain yang najis, maka harus dipakai pakaian itu kerana darurat kecuali dipakai ketika sembahyang. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab As-Shalah, Bab Ma Yukrah Lubsuhu Wa Ma La Yukrah, Fashal Fi At-Tahalli Bi Al-Fidhah ayat 4/387).

Oleh itu, dapatlah difahami bahawa setiap penggunaan bulu binatang yang najis sama ada dijadikan pakaian atau perhiasan di badan adalah tidak diharuskan oleh syarak melainkan jika ada darurat.

Hukum bulu binatang yang terdapat pada badan ,pakaian dan tempat solat

Menurut hukum syarak syarat sah mengerjakan sembahyang itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang. Oleh itu, jika terdapat bulu binatang yang di hukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. (AL-Feqh Al-Islami Wa Adilatuh ayat 1/175).

Apakah yang harus dilakukan oleh orang yang sedang sembahyang mendapati ada bulu najis pada pakaiannya?

Menurut mazhab Syafi’e, apabila orang yang sedang sembahyang itu mendapati ada najis yang kering pada pakaian atau badannya, maka pada saat itu juga hendaklah dia mengibas najis tersebut. Jika dia mendapati najis yang basah pula hendaklah dia segera menanggalkan atau mencarik pakaiannya yang bernajis itu tanpa menyentuh najis tersebut. Adapun jika dia tidak segera menanggalkan atau mengibas pakaian yang bernajis itu maka batal sembahyangnya. Pakaian yang terkena bulu yang najis hendaklah terlebih dahulu dibersihkan. Cara membersihkannya ialah jika bulu itu kering dan pakaian atau anggota badan yang tersentuh bulu itu juga kering adalah memadai dengan menanggalkan najis itu sama ada dengan mengibas, mengibar atau menyapunya. Adapun jika bulu itu basah ataupun pakaian atau anggota badan yang terkena najis itu sahaja yang basah maka hendaklah ditanggalkan najis itu dan dibersihkan dengan air yang suci disekitar yang terkena najis. (Fath Al-‘Allam, Kitab Ath-Thararah, Bab Izalah An-Najasah ayat 1/347).

Oleh kerana persoalan memakai pakaian daripada bulu itu adalah berkaitan dengan persoalan hukum najis, maka perlulah kita berhati-hati dalam memilih dan memanfaatkannya supaya pakaian yang dipilih itu diyakini diperbuat daripada bulu yang suci dan boleh kita guna pakai seperti ketika sembahyang dan sebagainya.Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati. Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.

Ahad, 25 Disember 2011

Najis Dan Bahagiannya

Alhamdulilah ..dengan limpah rahmatnya dapatlah saya berkongsi sedikit ilmu untuk kita sama-sama kongsi.dalam melalui kehidupan seharian sebagai umat islam yang melakukan syariahnya seharian kita mesti tahu apa itu najis..tapi kekadang ada orang yang tahu najis tapi tak memahami dengan jelas.
Contohnya ada orang pegang puppy.. memang comel..tapi bila nak solat tak tahu nak mensucikan diri kerana memegang  puppy tu, ataupun yang berlaku pada anak murid saya bila di tanya kalau dah berwudhu nak solat alih-alih terpijak tahi cicak apa perlu di buat ?ada yang jawab wudhu lagi ..perlu ke??nie bukan hanya berlaku pada pelajar tapi juga orang dewasa.jadi bagi saya topik najis ni wajar di bincangkan dan di terangkan dengan jelas agar takdelah orang yang solat namun tak sah solatnya di sebabkan najis.
Jadi di sini adalah info berkaitan najis yang di petik dari Kitab Ibadat Darjah 4.

Maksud Najis 
Dari segi bahasa najis itu bermaksud sesuatu yang kotor dan menjijikkan .Dari segi syarak pula najis itu merupakan sesuatu yang kotor yang tidak sah ibadat seperti solat dengan sebab ianya terkena pada badan, pakaian atau tempat solat.
Sabda Rasulullah yang di riwayatkan dari At Tirmidzi bermaksud
"Dari Ibni Umar dari Nabi SAW, tidak di terima solat dengan tiada bersuci dan tidak di terima sedekah daripada khianat"


Bahagian Najis
Najis itu terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Mughallazah ( berat ) Mutawasitah ( sederhana ) dan juga Muhaffafah.

Najis Mughallazah ( Berat )
Najis Mughallazah (ulamadaily.blogspot.com)
Najis yang di hukumkan berat tahap kekotorannya dari segi syarak.Iaitu babi dan anjing di mana segala perkara yang ada hubungan dengqan kedua -dua binatang ini seperti tahi,air liur,daging, kulit juga anak dari keduanya atau salah satu daripadanya ( contoh anjing + kucing = catdog!! ) maka termasuklah ia dalam najis Mughallazah.




Najis Mutawasitah ( Sedehana )
Najis yang di hukumkan sederhana tahap kekotorannya dari segi syarak iaitu
- Setiap cecair yang memabukkan seperti arak
- Bangkai selain mayat manusia ,ikan.
- Darah,nanah, muntah,air liur basi , mazi ,wadi
- Susu binatang yang haram di makan dagingnya
- Bahagian anggota yang bercerai dari badan yang hidup.

Najis Muhaffafah ( Ringan )
Najis yang di hukumkan ringan tahap kekotorannya dari segi syarak iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang belum memakan sesuatu selain susu ibunya dan umurnya belum mencapai dua tahun.

Cara menyucikan  najis


Najis Mughallazah di sucikan dengan cara membasuhnya dengan di basuh sebanyak tujuh kali.Sekali di basuh dengan air tanah ( air yang di campur dengan tanah yang suci ) dan kemudian di basuh dengan air mutlak sebanyak enam kali sehingga hilang bau , rasa dan warna.

Najis Mutawasitah pula di sucikan dengan cara hilangkan dahulu ain najisnya, kemudian di bersihkan dengan air mutlak hingga hilang bau, rasa dan warna.

Najis Muhaffafah pula pula di sucikan dengan memadai dengan memercikkan air atas benda yang terkena najis muhaffafah dengan tidak di syaratkan mengalir air.Adapun air kencing kanak-kanak perempuan termasuk dalam najis mutawasitah berdasarkan sabda nabi SAW:
" Air kencing kanak-kanak lelaki memadai di renjis dan air kencing kanak-kanak perempuan di basuh".( riwayat ibnu Majah )

Jenis-jenis Najis

Najis Aini iaitu najis yang ada ainnya atau kesannya seperti warna, rasa dan bau contohnya air kencing, tahi , arak dan lain -lain.
Najis Hukmi pula iaitu najis yang sudah hilang ainnya dan sudah tiada kesan tetapi belum di sucikan menurut syarak contohnya tempat yang terkena air kencing yang telah kering.
Jika najis Aini di sucikan dengan air mutlak sehingga hilang bau,warna dan rasa ,najis Hukmi pula hanya memadai dengan menjirus air pada tempat terkena najis atau kesan najis tersebut.

Najis yang di maafkan.

-Bangkai haiwan yang tidak mengalir darahnya apabila di belah ketika hidup seperti semut,lalat,nyamuk,lipas dan sebagainya.
-Sedikit darah ,nanah,muntah dan sebagainya.
-Najis yang tidak kelihatan pada mata kasar sperti najis yang terdapat pada kaki lalat ,nyamuk dan sebagainya.

Najis yang menjadi suci

- Arak yang telah bertukar menjadi cuka dengan sendirinya tanpa di campur dengan sesuatu bahan lain.
- Kulit bangkai binatang yang telah di samak
i) Kulit binatang yang halal di makan tetapi mati tanpa di sembelih seperti lembu yang mati di langgar.
ii)Kulit bangkai bintang yang tidak halal di makan selain anjing dan babi.